Monday, February 14, 2011


Chingay berakhir
Setelah 3 bulan berkerja keras, acara yang dinanti-nantikan telah pun sampai
Bangga dan menitis air mata aku buat seketika, pabila irama dan gendangan Melayu bergema di sepanjang F1, bandar Singapura.
Perarakan kontingen Melayu telah menunjukkan keteguhan dan semangat satu bangsa 'MELAYU'. Ini telah membuktikan, bahawa indahnya budaya kita, mesranya masyarakat kita dan anak anak Melayu kita memang jati serta berwawasan.
Inilah sejarah Chingay setelah berpuluh tahun yang lalu, buat kali pertama 1200 peserta berkumpul dan mempersembahkan 'WARISAN KU GEMILANG'



Aku rasa gembira dan senyum dengan lebar, melihat apa yang diimpikan selama ini menjadi nyata. Realiti dan memang berjaya! Itulah harapan kita semua terlebih lagi orang yang aku hormati, segani dan sayangi, Osman Hamid. Beliau telah banyak membimbing kita semua dan membuka ruang untuk anak anak muda seperti kita untuk menonjolkan bakat masing masing.


Disitulah lahirnya identiti kita sebagai masyarakat Melayu yang majmuk. Disitulah tempat aku riang tertawa, bersenda gurau dan dapat kenalan baru. Kemesraan aku bersama penari penari dan aktivis yang lain semakin besar. Apatah lagi, berkerja sama sesama rakan seperjuangan aku. Seperti None, Zairin, Bada, Anuar, Azpirasi, Atrika dan lain lain lagi.

Hujan tak berteduh, panas yang menjadi bahang, tidak dihiraukan lagi. Makan selonggok, menunggu seperti bulan tak tiba. Akhirnya berpisah jua, sayu rasanya. Aku berharap Chingay akan menjadi sebuah acara yang boleh meneruskan silaturahim bersama diantara kita dan menjadi kebangaan negara untuk MELAYU!

Indah seni budaya kita
warisan kita ninda ke ninda
Indah lagi bahasa kita
perisai seni perjuangan kita

Langkah Maju teruslah Maju...........

No comments:

Post a Comment