Tuesday, February 8, 2011

Satu lagi, kejayaan aku merainya

Semakin lama, semakin ramai orang memerhati dan menilai segala kerja kerja yang aku dan anak anak buah aku buat... Tak cerewet, Tak complaint! Yang penting semangat dan keiklasan! Baru-baru ni wartawan buat coverage tentang kita, mengenai penyertaan kita di Chingay 2011. Tak sangka pulak, coverage tu besar dan tag nya telah menghambat hati pembaca. 'Dua beradik bergaidng bahu'. Luar biasa dan satu pencapaian mengenai kita dua beradik. Kongsi minat bersama, bergiat bersama dan aktif dengan bidang yang sama. Sehinggakan ramai yang tak tahu kita ni adik beradik, sampailah hari ni baru dorang sedar. Itulah istimewanya tentang kita berdua. Tak perlu heboh heboh, tapi ada yang mencari.


Aku bersyukur kerana aku telah menjalankan tanggung jawab aku seperti mana yang diamanahkan. Duduk sama baya, berdiri sama tinggi, jatuh sama sama dan bangun sama menegak. Siapa siapa pun boleh jadi 'public figure'. Nak jadi PF bukan senang. Bukan nari nak, besok dapat. It comes naturally. Orang akan melihat kerja kerja kau, sumbangan bakti kau dan yang penting orang akan pandang kau punya outstanding work. Hmmm jangan kata Public Figure, mungkin Ikon Negara.


Aku? Belum sampai masanya, banyak lagi nak belajar. Banyak lagi ilmu nak dicari. Aku takkan berhenti disini. Selagi tenaga aku mampu membawa aku ke hujung pencapaian yang lebih besar, aku akan teruskan. Yang pesti keberkatan, keiklasan dan restu dari orang orang yang tersayang.


'Dont take short cut in your life' Berusaha dan terus berusaha.....

No comments:

Post a Comment