Thursday, December 23, 2010

Seseorang yang agung dengan lahirnya nama beliau di muka bumi Nusantara
Nenda ku yang telah mencipta nama hingga menjadi sejarah, dihormati dan disegani bukan sahaja oleh masyarakat malah Raja Raja Melayu dan semua pemimpin di seluruh Peninsula Melayu. Tidak asinglah, kalau nama Raja Ali Haji disebut ramai dari kalangan budayawan, sasterawan, pengkaji dan seniman yang masih membuat kajian tentang sastera dan sejarah Melayu. Aku bangga dengan Nenda ku. Anak kelahiran Kota Raja Penyengat-Rhiau yang berkuturunan bugis serta cucunda kepada Pahlawan Bugis, Daeng Chelak telah menjadi utusan utusan dan pemohor raja bukan sahaja untuk Raja Raja Melayu tetapi juga kepada Permaisuri England. Gurindam 12 yang sering kedengaran, sayu dengan lembutan kata diucap oleh anaknya Engku Puteri Hamidah dan para sasterawan, sehingga kini menjadi sebuah ayat ayat yang menasihati serta memandu kita sebagai satu peringatan dan pengajaran.

Tidak sia sialah aku menjadi darah daging keturunannya yang ke - 8, darah berdaulat dan pewaris keluarga yang akan tahu sesuatu hari nanti segala rahsia dan warisan yang disimpan untuk anak cucunya. Kini aku menjadi pewaris seterusnya untuk mewarisi warisan dan budaya Melayu yang semakin lama di makan zaman. Aku tidak akan mensia sia kan segala pengorbanan dan perjuangan kamu di dunia Melayu yang serba indah dan gemilang.
Semuga roh mu dicucuri rahmat dan diberkati Allah SWT. Amin.
Al-fatihah kepada kaum keluarga ku

Yam Tuan Muda Raja Haji Fisabillilah Al Haj
YAM Raja Ali Haji
YAM Engku Puteri Raja Hamidah
Yam Tuan Muda Raja Abdullah
Yam Tuan Muda Raja Muhammad
YAM Raja Hj Mansur
YAM Raja Jaafar
YAM Tengku Hjh Hasmah & YAM Raja Mohd

Al-fatihah

No comments:

Post a Comment