Thursday, December 16, 2010





Holaas I am back!

Flipping my calendar and browsing my organizer..and I was shocked that time fly very fast dude. Its gonna end of 2010 and welcome to 2011. Hmmm speakong pulak. Takpe...let's continue with my diary. Sometimes, bila aku duduk sorang sorang, steam kodok kat tepi korner tu bro, aku tersenyum jugak. Senyum sinis je. Aku rasa appreciate lah dan bersyukur kepada dia kerana dia telah meletakkan aku disamping orang orang yang menyayangi dan sering bersama aku selama ni. Bestkan.. at the same time, kau tak bolehlah mempunyai sifat yang tamak dan gelojoh. Everything you want! Thats not good babe.... spoiling you! Awal Muharram telah pun berlalu, 2011 makin menjelma. 2010 adalah sebuah tahun yang indah dan penuh gemerlapan untuk aku. It was a prosperous year. Banyak kenangan manis dan kejayaan aku lalui. Selain dari kerjaya yang mencabar, Variasi telah dianugerahkan sebuah Anugerah Negara Perak di Hari Kebangsaan baru baru ni. Bangga sekali bila nama Variasi dilayarkan didepan Pak Timbalan PM, Teo Chee Hean. Apatah lagi, tahun ini juga Variasi diberi peluang yang besar untuk bergabung bersama PA Era dalam 2 acara negara iaitu NDP dan Chingay. Hah tak lupa, walaupun kaki kita belum lagi dapat jejak ke Esplanade untuk mengadakan produksi tetapi kita telah mencapaikan impian seorang primadona 'Ibu' bersama Stefani untuk mengadakan pementasan yang pertama di Esplanade pada Okt lalu. Aku rasa bangga bila Ibu meneriak nama aku di hadapan penonton yang tergolong dengan budayawan, pengarah, penggiat teater dan aktivis media. Hmmm tak sabar aku nak terbang ke KL untuk jumpa dorang. Sempoi tu!


Aku dan Ibu 'Fauziah Nawi' ada je nak dibincangkan.....kami di lau pa sat!

Hmmm dunia seni. Dunia yang penuh dengan sandiwara. Seni yang halus boleh bertukar dengan kekasaran apabila seseorang itu menyalah gunakan seni itu. Dan nampak rosaknya cuma ramai yang tak sedar, syiok sendiri. Dan kerana kebongkakan dan nafsu yang berledak dengan membanggakan diri semakin menjunamkan seni Melayu kita di Singapura. Sayang....yang buat ni semua adalah Generasi Y peeps nowadays. Ehh apa kurangnya dengan The OTAI..mereka sanggup bergaduh, musuh dan berperang kerana merebut kuasa, wang ringgit dan iktirafan. Masya allah. Jauhkan dari 44 malaikat! Takut tepuk air didulang..bukan kena muka sendiri, tempias kena muka semua org. Seni memang memikat Janji. Janji sana Janji seni, mesyuarat sana seni, tapi cakap je..buat takda. Aku harap haraplah seni Melayu pada akan datang dijadikan sebuah pelantara antarabangsa dan di-iktirafkan di seluruh dunia. Yang penting - BUANG LEBAH LEBAH BUSUK yang berkeliaran disana sini. Get a good pestbuster!

Sempat aku dan Abang Osman berganding untuk siapkan Chingay di Marina Bay Sands sabtu lalu


Bagi ku 2011 adalah tahun paling mencabar, sebagai seorang pemimpin masyarakat, pemimpin & penggiat seni memang sudah tanggung jawab ku untuk membangunkan masyarakat dan anak anak buah aku hingga ke tahap yang professional dan mantap. Idea dan inisiatif baru harus aku lakarkan supaya dorang dapat pandu dengan baik. Biasalah bro...banyak events nak buat next year. Macam kau tak tahu je. Variasi dah pun 10 tahun. Cepat eh! Tak sangka aku........aku berharap dengan adanya team baru dapat membangunkan Variasi lebih berdikari dan sempurna insya allah.

Azam aku?? Hmmm nak tahu jugak? Ada.....3 Azam utama aku dah letak kat dalam diri aku. Mesti nak kena capai jugak........
1st- L

2nd-P

3rd-B

Tekalah....................

No comments:

Post a Comment