Sunday, March 7, 2010

Kenangan Fauziah Nawi bersama aku

Ibu Fauziah dan teman teman aku dari STEFANI KL baru saje berangkat balik ke tanah seberang pada jam 1 tengah hari tadi. Sedih pulak rasanya apabila member member aku balik tadi, dapat lihat dari jauh dan lambaian tangan dengan rasa mesra & kasih sayang yang diberi. 3 hari di Singapura memang banyak kenangan kenangan manis diantara aku, keluarga ku, teman teman disini dan mereka sendiri. Tak terkata beb, walaupun 3 hari dorang kat sini, macam macam aku belajar dengan Ibu, dan Ibu banyak memberi nasihat serta tips secara peribadi tentang seni dan kalau ingin menjadi seorang seniman yang berjaya. Bayangkan, Fauziah Nawi yang selalu berlakon dengan penampilannya yang baik, kualiti dan persembahan yang prestij di TV telah menjadi idola ku sejak beberapa tahun yang lalu, kini ibu berada di depan mata aku, malah sudi menginap di rumah ku sejak Jumaat yang lalu. Aku seakan bermimpi sak. Kawan kawan aku gulek dan anna turut bersama, teringat pada zaman zaman kita di Aswara. Tak sangka kita bertemu balik. Kemesraan kita bertiga masih lagi dirasai. Gulek, adalah stage lighting designer & theatre specialist kat KL dan Anna kini seorang Pengarah seni di STEFANI. Masing masing kini berjaya dengan kerjaya masing masing dalam seni, alhamdulilah.


Ibu dengan wajah yang mesra memang tidak sabar nak lihat Singapura 2010 dan pembangunan seni di Singapura. Aku, Nizam dan gang STEFANI pergi ke Esplanade untuk bertemu dengan Yati & Fiza membincang tentang projek pementasan dan persembahan yang bakal diadakan di Esplanade pada Oktober ni. Ibu dan aku akan bergabung untuk menyatukan pelakon/penari/pemuzik dari Malaysia dan Singapura dalam satu pementasan teater muzikal yang dirancangkan. Aku rasa terharu bila Ibu memberitahu Esplanade tentang aku akan dijadikan sebagai co-producer/pengasas kreatif bagi pementasan yang akan diadakan nanti, aku memerhatikan mata Ibu dengan dalam, ibu sempat menoleh dan senyum ke arah aku. Anna, Gulek dan Abang Mul mengganguk kepala nya dan senyum ke arah aku. Eh..bagaikan mimpi sak! Insya allah, kita merancang tuhan yang menentukan.


Setelah ke Esplanade, aku & nizam bawak dorang ke Habib untuk makan tengah hari. Haizz biasa jugak perangai makcik makcik kat sini, pantang nampak pelakon pelakon ni. Ada yang aksyen salam, saja saja tanya ' movie apa selepas ni'...ada yang malu sangat tapi tetap mengadap ibu sambil berkata 'saya minat dengan kak fauziah, bila nak berlakon kat singapura'? Kita kat meja tu senyum je dan tak terkata. Tapi Ibu humble & rileks...dia tak menunjuk dan merendah diri sambil menjawab dengan professional. Tabit ah Ibu! Selepas makan, kita terus ke studio for Bengkel Teater 2010. Lambat sikit ah sampai, sebab kita gurua bergurau sampai tak ingat masa bergerak dengan laju. Aku mengintip di tepi studio dan sempat lihat tentang keghairahan peserta untuk bertemu dan belajar tentang teater.




Aku mulakan dengan Bengkel itu, dan Primadona Teater Fauziah Nawi memulakan bengkel khas untuk pelakon pelakon yang pernah diasuh oleh aku dan kawan kawan teater/tv sepetri Saiful Amri, Hazriq, Herizal Osman dan lain lain lagi turut serta. Hah! bergegar satu dewan bila Ibu memekik dan meninggikan suara nya yang begitu lantang dan tajam. Aku memerhatikan Ibu dari jauh dan dengar perkataan-perkataan yang disebut oleh Ibu. Bengkel selama 4 jam itu memang sangat memuaskan, tips dan pengajaran yang diberi kepada peserta memang berbaloi!
Sampai saja di rumah aku jam 8 malam, sambil menjamu selera bagi makan malam, ibu dan Abang Mul menerangkan dan komen semua perserta dalam segi kekuatan serta kelemahan yang ada dalam setiap peserta melalui bengkel yang diadakan. Aku terperanjat jugak bila komen komennya memang boleh membunuh seseorang itu, tapi sebenarnya komen dorang adalah untuk mengajar dan menyentuh kelemahan masing masing dengan luas. Aku pegang kata kata ibu 'Bukan bererti kau dah berjinak ke TV, Kau adalah pelakon mapan dan kualiti. Malah tempat sebenar kau adalah di pentas, TV adalah incentive yang sedikit saja di dalam dunia lakonan ini...tidak ada gunannya kau menjadi seorang pelakon tapi kalau kau tak iklas, tak jujur dan hanya kejarkan nama dan $$$...you won't last long. The full stop in your acting career will be there soon'. Ibu juga menekan - masalah pelakon muda Melayu mempunyai 3 sikap - Tak fokus..... Tak dengar arahan yang baik dan tak faham dengan arahan yang diberi. Ibu pun dah amanah kan kat aku untuk beberapa pelakon yang potensi dan berbakat dalam lakonan. Insya allah bu... akan dilaksanakan.

Abang Mul, memberi aku banyak kata kata perangsang dan nasihat yang baik untuk aku sebelum dia berangkat pulang. Abang Mul meletakkan aku dengan pelbagai harapan supaya satu kollaborasi yang bakal harus dijadikan untuk bertemu dengan matlamat serta visi yang besar bagi anak anak seni di Singapura dan Malaysia. Kehadiran STEFANI ke Singapura adalah langkah pertama untuk dijadikan impian ini yang nyata.

Sebelum pulang, Ibu sempat bergurau dengan mak dan abah mengenai title 'Pak Ku dan Che Puan' ...hahaha rahsia keluarga..tersenyum lebar mak dan abah. Ibu dan members bersarapan bersama aku, keluarga aku dan budak budak variasi.


Ibu dan abang Mul mendakap aku dengan rasa kasih sayang. Aku dan abah lead kereta dorang ke PIE menuju ke Tuas dan berpisah dari situ. Ibu sempat sms aku 'ingat pesanan Ibu, itu bekalan untuk hamzah di Singapura, kongsi kepada orang orang yang dekat dengan hamzah. Pengalaman kita bersama disini akan Ibu bawak ke Kuala Lumpur dan kongsi bersama mereka' .. Phuhhh! Aku hanya mampu senyum.


'Seni tidak boleh dibeli dengan harta atau wang ringgit' - abang Mul

'Iklas dan jujur.. kerana seni itu juga adalah satu ibadah' - Ibu


Thanks Anna, Gulek, Abang Mul dan Ibu................................................

No comments:

Post a Comment