Syukur
Ia telah terjadi
Aku terima dengan tabah
kerana ia menjadi nyata
tertulis dalam naskah kehidupan ku
terpaksa aku harungi dengan pelbagai cabaran yang kunjung tiba
Syukur
kerana aku masih bernafas dengan udara yang sama
memegang erat dengan rasa kasih sayang
terpaksa aku dan dia merentas di sebuah sungai yang deras
hanya menanti nasib dan bertawakal
Syukur
dengan rasa tabah dan redha selalu
aku diberi semangat dan iman yang tinggi
untuk terus menjalani kehidupan aku seperti biasa
aku menghempaskan perasaan marah, emo dan sedih
di lantai yang luas dan lalu aku meninggal pergi
Syukur
hati ku terbuka luas pada nya
masih lagi boleh bersujud
masih lagi boleh mendekatinya
walaupun terpaksa menempuhi ruang yang gelap di depanku
dia memberi aku sebatang lampu suluh
untuk memudahkan lagi perjalanan ku hingga dihujung perhentian
Sifat dendam dan sikap bermusuh
tidak pernah tercatit di dalam kamus hidupku
walaupun sikap bencimu terhadapku berterusan
hingga akhir hayat nama mu 'khaf ha alif ya'
berada di dalam hatiku dan diriku
Terima Kasih
kepada Iskandar, anak yang digelar hingus
tapi waras pemikiranya
selalu berada disisiku pabila ku hampir lemas di dalam sungai deras itu
Terima Kasih
kepada bunda dan adinda ku
memberi semangat dan kata kata yang memberi galakkan serta dorongan
yang penuh di dalam hidup ku
Terima Kasih
kepada perjuangan dan sahabat 8 tahun ku
kerana senantiasa memberi kata kata hikmah
untuk aku terus menjalani kehidupan aku
seperti biasa..
Semuga allah senantiasa menlindungi dan memberi berkat
kepada sekelian semua... Insya Allah..
No comments:
Post a Comment