Sumbangsehhh
tercatitnya diariku di pagi hari...
aiseh seperti lagu asal Sumbangsih' R.Ismail..
maafkan aku Elfee...bergurau di pagi hari..ewah
Akhirnya aku dapat melihat matahari
terpancar sinar di luar jendela ku
Di pagi Ahad yang sunyi dan aman,
aku dapat menghirup udara yang nyaman dan segar
itulah buat kali pertama setelah berbulan
aku tidak dapat merehatkan diri ku di hujung minggu bersama keluarga
itulah buat kali pertama setelah berbulan
aku tidak dapat merehatkan diri ku di hujung minggu bersama keluarga
Kolej 56 yang semakin kuat dan aktif
dengan gabungan tenaga sekumpulan pelakon lama dan baru
membuat aku lebih semangat dan menempuhi habis-habisan
berperang dan melawan untuk kejayaan,
ada hikmah disebaliknya..dengan berkat dan lindungan dari nya
Pegganti Tengku Mustakim, Cikgu Salbiah, Ramli dan Juwita sudah pun ada
pergerakkan dari koreografi tari, muzik dan teater sudah kelihatan
kerja keras dan tenaga dari keluarga belakang tabir sudah pun bermula
hanya menanti saat-saatnya dan hari gemilang mencatatkan sejarah kedua
muzika dihasilkan 100% oleh anak anak muda yang berjiwa tinggi dalam seni

Berputus asa jangan
kecewa dengan gagal jangan,
semakin kuat kita memegang erat bersama
semakin luas perjalanan kami ke hujung kejayaan
Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dan berkerja sama
untuk menjayakan produksi ini
Selama satu minggu ni
adik abang mengisi lapang bersama
ke hulu hilir, berjalan dan merehatkan punggung
serta bergurau senda yang tidak kena tempatnya
hmmmm... teringat zaman kecil kecil
rindu pada zaman yang banyak kenangan dan sejarah manis
hari ini masing masing pulang ke tempat tugas
lelah dan bernafas panjang
rasa penat belum hilang lagi
tapi adik abang senantiasa puas dan gembira
setelah berjumpa dan meluahkan pelbagai hasrat
Tioman! di mana kau?
Sentosa! kunjung tak lama lagi
Menanti 6 minggu...tekong tiba tidak lama lagi...
janji akan ditepati 'Bintan' sebagai pegganti
Biar Budi menjadi saksi.....
No comments:
Post a Comment