Salaam,
sempat aku update blog aku hari ini walaupun masih lagi jauh dari mata dan hati di Kuala Lumpur
namun aku rasa senang, tenang dan gembira di sini kerana dapat bertemu dengan teman teman seperjuangan seni ku dan teman lama yang lama tidak jumpa......
Ramai yang masih menunggu dan mendengar keputusan aku sama ada disini adalah tempat seni pencarian ku serta platform yang memajukan diri dalam bidang ini.
Aku gembira kerana kawan kawan aku Opik, mas, zarina, azlan dan beberapa lagi telah pun berhijrah di sini dan menjadi seorang seni yang berjaya.
Ketibaan aku disini disambut dengan baik dan mesra oleh sahabat sahabat. Zaki dan Rizal yang telah menanti lama di hadapan hotel Vistana, akhirnya bertemu juga dengan salaman serta pelukan yang mesra. Perjalanan agak jauh sikit menuju ke Taman Melawati, tiba sahaja di sana.. beberapa orang sanggar teater menyambut aku termasuk Anna dan Abang Mul. Ibu (Fauziah Nawi) kelihatan duduk di tepi studio, senyum dengan lebar dan memanggil nama aku, mengajak aku masuk 'masuklah hamzah..anak singapore, jemput..buatlah macam rumah sendiri' isyhhh gerun jugak aku, suara Ibu dah kedengaran, selalunya dengar di TV. Ibu yang memakai baju putih dan tudung merah jambu bangun dari tempat duduk lalu mendakap aku... wooahh! mimpi ke aku? Primadona teater, pelakon veteran handal melayani aku seperti itu... tak sangka sangka, aku berhadapan dengan pelakon idola aku sendiri. Teman teman aku, izad, harris dan lain lain lagi pun ada bersama sama sanggar ibu. Ibu mulakan sesi pertemuan itu dan latihan serta bengkel khas yang dipimpini oleh Ibu. Ibu banyak beri resipi resipi kat aku. hmmmm yang rahsia mu dan rahsia ku...!
Aku, harris dan Mas di Sanggar
Aku dan Zaki Yahya........
Selama 1 hari bersama Ibu, Ibu sempat berjenaka dan bergurau dengan aku.... 'balik singapore jangan pulak bawak ole-ole daru sini je....ke sana siap siapkan pula untuk ibu ke sana nanti..ibu nak duduk rumah hamzah dan esplanade'... ketawa sekejap. Aku mengganguk dan berpaling tadah ke anna sambil berkelip mata.... with my heart said 'No problem, you always welcome.' Ibu dan Anna mengharapkan, aku dapat gabungkan pelakon pelakon teater aku dan Sanggar bersama dalam satu persembahan teater rakyat di Singapura. Insya allah akan aku usaha kan dan dapat menguruskan ia dengan terbaik. Masa sudah pun hampir 9 malam, tak sangka pertemuan kita berakhir disitu..susah jugak Ibu nak lepaskan aku, sempat pula dia mengeluarkan sebatang rokok salem dan senyum kat aku.... 'ingat pesanan ibu, jaga harga diri, jangan sampai orang lain yang pijak kepala dan mengambil kesempatan dari apa kejayaan yang hamzah ada...kalau itu misi dan impian hamzah untuk bergerakkan seni, teruskan ...pedulikan apa yang ingin menghalang perjuangan dan pengorbanan hamzah' itulah kata kata ibu kat aku. Mereka juga ingin aku mengadakan bengkel dan kelas teater moden untuk anak anak didiknya di Sanggar...whooa peluang besar, hmmmm dalam diri aku masih ada sikap egoish...akan ku fikirkan dan membuat keputusan yang baik. Kenangan yang indah dan manis sekali...itulah Ibu Fauziah Nawi..
Semalam aku juga diajak dan menghadiri sebuah konsert Gambus di Central Market. Terpegun aku melihat pemuzik pemuzik gambus dan band digabungkan dalam satu persembahan gah seperti zapin budi, zapin bunga hutan, zapin kasih dan pelbagai lagi. Gua salute you all! Semangat gema zafana telah pun memanggil. Minggu depan, delegasi aku seramai 7 orang akan mewakili Singapura sebagai duta seni untuk menghadiri Gema Zafana dan lawatan rasmi ke Istana Budaya. Teman teman aku dari DBKL, Shahrul, abang jalal dan teman teman sanggar akan turut sertai bersama aku pada malam itu...so cant wait for the next trip!
Haizz...persiapan untuk pulang kembali ke Singapura...hmmmm - salam dari KUALA LUMPUR
No comments:
Post a Comment