Masa jalan begitu pantas...hmmm dah termasuk hari ini lebih kurang 25 hari kita beraya.
Banyak lagi persiapan nak buat beb...kalau cakap pasal Hamzah ni, banyak je nak dibualkan..Persiapan hari raya lah, persiapan show lah...hah yang ini bukan sebarang persiapan, persiapan adik aku nak bertunang. Mamancih siol! Macam orang nak berkahwin...aku ingat tunang relax, rupanya sama jugak sak. Hah nilah kalau keluarga dan kawan ramai, nak jemput jangan satu je...semua mesti kena jemput. Takut ada pulak yang kecik hati dan semuanya. Biasalah sekarang ni semua suka suka hati nak kecik hati sana sini, perangai pun mcm budak budak tak faham. Taik punya pasal pun nak buat benda besar. Prinsip fasah 26 aku senang je ' Dont Cara DOnt Bother' and no time to please everyone'... amacam? Aiseyhh fikirkan masalah dan perasaan orang, perasaan sendiri tak terlayan.
Pejam pelik pejam pelik, Variasi pun hampir mencecah usianya 9 tahun. Dah besar anak aku sorang ni. Bukan senang nak bangunkan sebuah kumpulan, banyak rintangannya, ada yang kejar kedudukan, rebut kuasa, mata merah, cemburu, berfikiran negatif dan tak ada wawasan. Kesian aku tengok orang orang macam ni, penyakit orang Melayu ke? Aku rasa bukan kot, diri sendiri tu. Walau macam mana pun, aku tengah gigih berusaha dan kerja keras untuk memulihkan keadaan Variasi serta membangunkan sebagaimana aku janji kepada masyarakat. Variasi milik ku, milik masyarakat dan terutamanya dalam industri seni. Nama Variasi semakin harum dan berdiri tegap di atas sana. Ramai yang sudah mengenali Variasi dengan hasil kerja serta kualiti kumpulan. Alhamdulillah, kerja keras bersama dan ini berkat yang diberinya. Cuma aku sedang memerhatikan beberapa orang dan lihat kebolehan serta bakat mereka mengurusi Variasi, projek dan show show yang ada. Hmmm kalau dulu aku je yang berdepan, sekarang macam macam orang pun aku nak tolak ke depan dan berani berhadapan. Terutamanya seperti Hudah, Atiyah, Yani, Ana dan Faiz. Aku ingin menjinak jinakkan mereka dan melihat dunia seni sebenarnya. Sepetri adik, aku bangga dengan dia. Cita cita dan wawasanya sebijik macam aku. Dia sungguh sungguh nak sepetri aku. Bukan semua yang boleh jadi orang seperti seperti kita ni semua. Setiap orang mempunyai perbezaan dan pencapaian yang berlainan. Aku kini pun tengah mengasuh dan membimbing adik aku dengan perlahan lahan, mula mengenalkan dia dengan duni seni, pementasan dan projek projek budaya yang ada di luar seperti teater dan muzik. Hmmm adik pun ada perancangan juga untuk membangunkan Variasi dan dia ada plan untuk projek ulang tahun yang ke 10. Hmmmm kalau ada 10 orang seperti anak muda seperti dia, alangkah majunya dan bangunnya Variasi pada masa akan datang......
I don't believe that last time hanya you sorang yang kluar handlekan shows or anything. Kita pon ada handle jugak. Maybe you forget about it or something. Thanks
ReplyDelete-Khailee