Monday, September 7, 2009

Syukran!

Marhaban ya Marhaban!
Ramadhan Al Mubarak!
Sungguh indah dan istimewa Ramadhan pada kali ini...
aku rasa tersentuh apabila tahun ini, aku menjamukan 3 Iftar kepada hamba-hamba allah
Masya allah...indah sekali. 3 Iftar pada tahun ini sungguh besar bagi aku.

Yang pertama -

IFTAR Al-Mawaddah di Singgahsana oleh Persatuan Ain bersama 300 tetamu

Yang kedua -

IFTAR bersama adik adik aku 'remaja BBE' di Masjid Al-Falah

Yang ketiga -

Menjamu seramai 400 keluarga berpendapatan rendah dan anggota MAEC Jelutung

Hmm..semalam, adalah IFTAR keluarga ku yang pertama. Gembira sekali bila lihat semua ahli keluarga ku di depan mata ku sewaktu berbuka puasa. Mak, abah, kakak, adik, anak anak sedara ku, Fazli (bakal in law ku) ..hah niezam pun ada. Ouhhh meriah! Semua buka kepak, habiskan ketam masak cili api dan ayam bakar dibuat oleh mak aku. Aisehhh! Koonga guli guli!

Hari ini, aku ada IFTAR buat yang kelima, ini kali bersama Presiden Ain, EXCO, CEO dan rakan rakan sekerja aku di Hyatt Hotel. Hmmm straits kitchen... sapa tak nak dok!


Ahad ni pula, IFTAR VARIASI hah..ini kali lain sikit. AGM akan diadakan serentak bersama IFTAR tahun ini. Jangkaan dalam 80 anggota akan hadir..insya allah! Alhamdulilah, berkat Ramadhan. Aku rasa ibadah sudah lebih dekat kepada ku dalam bulan ramadhan. Walaupun bertahun tahun yang lalu, aku sering berjauhan dengan keluarga kerana sibuk berseni dan kerja masyarakat tetapi sekurang kurangnya aku dapat menyumbang bakti kepada masyarakat dan amalan yang baik di dunia ini. Kesyukuran harus aku rasai kerana itulah nikmat yang diberi oleh nya. Alhamdulillah!



Besok, batman akan ke sesuatu tempat, ke mana? haha nak ambil Robin.......keluar dari sangkar BMT. 3 Bulan...cepat sak...macam baru semalam batman hantar dia. 2nd chapter for your NS life..be prepared, be fit and always be good soldier. For 2011 ..2012 ..dont you worry, dont stress coz let batman do the work first.. ;) You are new person wef tommorow!

No comments:

Post a Comment