Monday, May 4, 2009

OKP? KBP?






Malam PH adalah malam yang paling indah dan menjanjikan
aku dan kawan kawan ku dari Ain Society bermalam di bandar bersama remaja-remaja yang lain
untuk menonton 'Midnite Movie' - XMEN. Hmmm boleh tahan lah, setahu aku, aku dan abang Rizal
tidur di pertengahan wayang dan bangun kembali setelah ia berakhir. OKP kan! Sampaikan budak-budak
menggelengkan kepala dan ketawa. Ada yang teriak di bawah panggung 'Balik cari bantal busuk suahh' KPB seh!
Walau macam mana pun, kita seramai 29 gangz bergerak dari Marina Square sampai ke Masjid Sultan pada jam 5.00pagi. Setelah menunaikan solat subuh, kami menuju ke Restoran Mama dibelakang masjid untuk bersarapan pagi. Dengan mata dan muka OKP, jalan macam zombie, sempat order teh peng gajah dan dua prata telur. Mak datuk! Kari masam sak.... ada salah satu budak cakap apa... 'Bang Masam bukan kerana apa, air bullcat dia dah merenjis renjis kat dalam kari'...Siak tul, kembang tekak aku. Yang kelakarnya, mama tu punya telinga berdengung, Mamatanya 'man, minum apa'? Hanis jawab 'nanti-nanti!'... Nak tahu apa? Dengan bangganya dan senyuman OKP maman tu dia hidangkan satu cawan ice dan air tin GREEN TEA' kat Hanis. Kita berenam terus terdiam dan saling memandang, terus ketawa dengan sekuat hati. Haizz...kekek sak, dari mata nak dekat tidur terus terbangun ..'KBP'. Aku dan Zai terus melangkah pergi, pulang naik teksi dan terus menghempaskan diri ..tidur sampai tak ingat dunia!
Oh my god! dah pukul 11 pagi. Dengan kelam kabutnya aku bangun, mandi, sarapan terus bergegas keluar dari rumah dan ke latihan kolej 56. Macam zombie seh! Tak boleh berfikir dengan betul dan diam je satu hari. Wooah ramai jugak yang datang hari tu walaupun hari tu adalah hari Buruh. Terima kasih semua kerana berkorban untuk K56. Kami berakhir jam 10 malam dan memang penat. Kita semua menuju ke kedai kopi untuk berehat. Masing-masing perut dah lapar! Hudah dan aku pusing kiri dan kekanan. Huhh! Rojak Mama! Semua dan menunjukkan wajah yang was was. Tak confident gitu. Ada yang cakap 'Biar betul abang hamzah, nanti kena racun amacam'? Mangkok! Yang kena kat Geylang, yang affected semua seluruh rojak di singapura. Kesian mamak Singapura terpaksa bungkus rojak tanam kat belakang kedai. Hahah! Tapi tak apa, aku dan hudah pilih jugak rojak yang ada kat kedai mama tu. Wooah macam macam kita pilih. Tak berapa lama 2 set rojak datang dan dihidangkan ke atas meja. Hah kau! semua macam ikan Pirana! Habis..kilat! Hmmmmm kata rojak racun?


Dua hari yang lepas adalah hari yang banyak santai, sabtu lalu aku dan adik adik aku pergi movie dan menonton FRIDAY THE 13... Hardcore siol and tak sesuai untuk budak budak bawah umur tu.. opps! sorry but kenyataan. Korang harus tengok! Power! Selepas movie, aku dan adik adik pergi ke coffee bean and lepak. Kul 2 pagi sampai rumah. Hujan lebat dan kilat menyambung. Apa lagi? Tidur ah...syiok!

Semalam tak ada perancangan sangat, melawat makcik aku yang tengah sakit teruk, kesian dia. Semuga dia sihat dan sembuh. Aku dah buat salah dan rasa bersalah kerana aku tinggalkan adik aku sorang sorang kat gombak selama 1 jam 30 minit. Pertama kali, muka dia masam macam limau basi. Aku tahu darah dia tengah mendidih... sorry k :( tapi kita akhirnya ok ok sahaja. Adik-adikku berada disisi ku serta mak dan abah di Habib menjamu makan malam yang gah disana. Kita berakhir destinasi kita di tasik gunung gombak dan santai untuk sementara... so whats next?

Eh kerjalahh...argggghhhhhh! Penattttttttttttttttt!

No comments:

Post a Comment