Thursday, April 23, 2009

Redha

Semakin ku diam
Semakin ramai yang mencarut
tiada iman, waras berfikiran
hanya tahu mencari kemenangan
dengan bicara tidak munasabah

Semakin ku berdiri sendiri
Semakin ramai yang mencerobohi
tidak rasa senang
melihat ku senang dan gembira sendiri

Dia dan dia masih mengunci kehidupan
yang bukan dimilikinya
penyakit yang dibangkitkan
penyakit itu direkai sendiri
keburukan yang dibicarakan
keburukan itu yang diterbitkan sendiri

Mulut
boleh berbicara, tapi diam untuk selamanya
Mata
boleh melihat, tapi berkelip untuk sementara






Aku
adalah insan yang senang memaafkan sesiapa pun
kerana itu didikan diberi oleh ibu bapa ku
ajaran dari pegangan agama ku
galakkan dari Rasullulah S.W.T..nabi yang ku sanjung

Pesanan bunda kesayanganku di pagi hari
'Biarlah orang menyimbah air, kerana air itu akan terpercik di muka sendiri'

'Biarlah dia membuat kita, kita jangan membuat dia..kerana dia akan kena buku dengan luas'
'Biarlah bersabar, tabah dan redha, kerana ada hikmah disebaliknya'

Terima kasih bunda..
kau yang memberi kata kata semangat di pagi hari
kau menyokongi dan merestui dengan segala apa perjuangan yang ku lakukan













Terima kasih adik
kau berada disisiku walaupun kau lelah dan menahan sakit
kau didepan mataku untuk memberi semangat yang wajar
hanya kau saja bersama ku, walaupun 6 minggu lagi kau akan pergi........
hanya kau juga tahu keperitan ku alami dan kau juga rasai

Biar Budi Berbicara.............................

No comments:

Post a Comment