Semalaman aku tido, penat tak boleh tahan. Lebih 2 minggu aku bergotong royong dan hentak banting badan aku kat tanah. Akhirnya dapat jugak aku tido dengan tenang semalam. Semalam hari terakhir untuk Nur On The Move bagi siri kedua pada bulan ni. Sempat aku merepek repek dengan Fadhlur dan Herizal. Share experience, skills dan minat masing masing. Kalau Fad, boleh percayalah impian dia nak macam aku...tapi tak percaya pulak si mamat sorang ni, Herizal. Dalam diam tulis skrip dan berjinak jinak nak jadi director. Dia ada mintak tips dan nasihat dari aku. Takkan nak lokek pulak, seperti aku kata, harta aku di dunia ni bukan hanya wang je. Tapi ilmu dan kemahiran, hah! aku kongsilah. Hmmm sebahagian 40 peratus ilmu dan kemahiran aku, aku dah reserve kan untuk adik kesayangan sorang tu...just wait for him. Yang lain aku bekalkan untuk diri aku dan beri kepada teman teman yang memerlukan. Semuga member ku 2 orang ni berjaya! Oppss lupa..happy belated bdae Fad!
3 hari lagi! 3 hari lagi beb.....
adik kesayangan perempuan aku tu, Hudah nak bertunang. 40 peratus akan menjadi milik orang. Ghairah nah si hudah tu. Sibuk pergi beli jam untuk bakal tunang dia, siap siap untuk pakaian, gubahan dan macam macam lagi. Mak pulak sibuk dengan tempahan makanan, jemput menjemput dan mengemas rumah. Abah...hehe kesian dia, dia diarah untuk duduk dan diam sahaja kerana keadaan dia pun belum lagi settle betul. Aku biasa gak, kalahkan mak pengantin, sibuk uruskan majlis dan coordinate dengan sepupu sepupu aku serta tugas tugas mereka. Amboi mcm nak berkahwin! Walaupun semua tidak sabar menanti, namun aku masih rasa ada kesedihan dalam hati aku... adik aku dah nak bertunang. Tak sangka..selama 20 tahun hidup bersama dia, akhirnya dia juga akan dilepas pergi. Hmmm tinggal sorang je lah adik lelaki aku ni...dia bila lagi? hmmmmm selagi Randy Orton belum langkah mayat John Cena selagi tu dia tak boleh naik pelamin dulu.. kekekeke!
Hah...Randy, jangan OKP eh...tak mu emo, tak mu ego. Tak perluuuuuuuuuuuuuu!
No comments:
Post a Comment