Monday, October 12, 2009

Salam Lebaran





Salam Muhibbah!

Termasuk hari ini lebih kurang 3 minggu kita menyambut syawal.Namun kehangatan lebaran masih lagi diraikan bersama sama.

Ramai lagi yang berjalan raya sakan. Kita, hmmp show sakan dengan pelbagai jemputan sejak minggu pertama raya hinggalah hari ini.Baru baru ni, kita baru sahaja menyambut lebaran bersama Salam Lebaran 2009 di Sun Plaza Hardcourt bersama anjuran 16 MAEC di Singapura.

Variasi Performing Arts dan The Jelutung CCMAEC diberi penghargaan dan iktirafan yang tinggi untuk menjadi penari rasmi SL09 dan mengadakan persembahan yang gah sebagai pembukaan.

Buat pertama kali seramai 15 penari artis budaya variasi dipamerkan dengan penuh gaya warna warni. Lagu tema Songket Gemilang diadakan sebagai pembukaan acara dan Joget kesyukuran ..hmmmmp 'special appearance' aku dan semua anak anak buah aku disatukan dalam persembahan tersebut. Best kan?? Dah lama aku tak perform dengan dorang. Thanks to Aee, Niezam. Hafiz, Izan dan Wan. Kita berenam tak nak kalah kat atas pentas.

Adik, Afi dan atiyah turut bersama kita bergotong royong dan membantu sebagai belakang tadbir. Penat dorang.
Tapi penat semua hilang, bila kita semua senang lenang dapat bergambar dengan dayang nurfaizah dan hardy mirza secara aturan yang sempurna.

Raya tahun ni walaupun kurang berjalan tapi kemesraan kita bersama senantiasa ada. The last show bila ...? Hah 18 October 2009, hi tea raikan lebaran! Nantikan bersama!!


Sempat berjalan raya pada seminggu sebelum show SL09 - very the family of datin's diaries



Bermesra di hari raya bersama artis artis budaya Variasi - semua kalahkan artis!

Aku, penari penari artis budaya Variasi, Dayang Nurfaizah dan Hardy Mirza

Aku, adik dan Dayang Nurfaizah.... nak share per?

No comments:

Post a Comment