Aku tak nak kehilangan mu
Aku perlukan mu
Aku ingin bersama mu hingga ke akhir hayat
Namun serangan jantung mu Isnin yang lalu,
telah membuat aku rasa sedih dan ketakutan....
Abah, kaulah jantung dan nyawa ku
aku rasa lemah dan longlai pabila doktor berkata sesuatu kepada ku
selama 4 hari aku menatap wajah mu,
teringat bagaimana kau selalu mebantu aku, dan menjaga aku sewaktu aku tgh sakit dahulu
kini giliran aku menjaga mu sehingga kau sembuh
Ini adalah dugaan dari dia, membuka hati dan mata ku....
dahulu aku sibuk, sehinggakan aku tiada masa untuk abah dan mak....
kini aku berkorban dari variasi, kerja dan segala galanya hanya semata mata
ingin berada disisi mu dan memberi semangat
pertama kali dalam hidup ku 26 tahun, tangan kanan ku menyuapkan makanan malam untuk abah... mengalir airmata aku untuk seketika...
sempat aku mengesatkan airmata abah sewaktu dia sedang lena...
aku ingin kau sembuh...berdiri bersama aku menyaksikan Hudah yang bakal tunang
untuk beberapa hari lagi....
Abah, kuatkan diri! Zulkifli yang selalu bengis, kuat kerja dan banyak tenaga selama ini,
kini jatuh juga ke riba dan lemah.....bangkit kembali abah!
Aku perlukan abah!
Aku perlukan mak!
Aku perlukan adik-adik aku...................................................
No comments:
Post a Comment