Wednesday, September 2, 2009

Masya Allah!

Marhaban ya Marhaban!
Alhamdulillah hari ini dah termasuk 12 hari kita semua berpuasa. Walaupun kemeriahan dan semangat nak beraya ni belum rasa lagi, namum kehangatan ramadhan sungguh bermakna bagi aku untuk tahun ni. Ramadan pada kali ini tidak pernah sekali aku rasa kemeriahan kalau dibandingkan tahun tahun yang lalu. Berkat dan rezeki yang diberi sangat besar. Jumaat yang lalu, Persatuan Ain mengadakan IFTAR AL-MAWADDAH secara besar besaran di Singgahsana, Kampung Melayu. Gabungan seramai lebih dari 50 pegawai dan sukarelawan bergotong royong menyajikan seramai 400 tetamu yang hadir pada malam itu. Riz Sunawan, Abang Zubir dan Abang Mahadi turut bersama sama meraikan majlis itu sebagai penyeri pentas pada malam itu. Mak, abah, Variasians dan MAEC Jelutung turut hadir di IFTAR tersebut. Terima kasih! Aku berharap IFTAR sedemikian dapat diadakan sekali lagi pada tahun hadapan. Insya allah!

Marhaban Ya Marhaban!
Tahun ini schedule aku penuh dengan IFTAR. IFTAR sana sini. Jemputan tidak berhenti henti tapi aku dapat pergi yang mana aku mampu. Al-maklumlah banyak tuga tuga nak dilakukan di pejabat dan di rumah, apatah lagi di variasi. Banyak persembahan dan projek bakal kami sertai. Lagi lagi AGM nak dekat datang, dan pastinya IFTAR VARIASI 2009 - Talian seni ikatan keluarga...wooahhh pertama kali ni diadakan secara besar-besaran pada 13 September. Hmmm semakin mesra keluarga Variasi. Alhamdulilah, doa dan usaha kita semua bersama..... Semuga Ramadhan ini diberi berkat dan rezeki yang mulia kepada semua muslim di seluruh dunia!

No comments:

Post a Comment