
8 Bulan kita bertarungkan nyawa




bernafas yang pendek
seluruh tenaga digunnakan sehingga kering peluh di keringat
akhirnya kita berjaya dan berakhirlah perjuangan serta peperangan yang kita lalui selama ini



Kolej 56
pementasan yang menjadi sebutan dan masih lagi teringat di fikiran ramai tentang cerita yang pernah ditayangkan di kaca TV, diarah dan diterbit oleh Ahmad Fauzee pada tahun 1982
Setelah kian lama menyepi, Kolej 56 kembali lagi tapi di tanah temasek dan di atas panggung gah yang dibinakan sejak 30 tahun lalu iaitu Panggung DBS. Kolej 56 yang dibentukkan seratus peratus muzikal telah dihasilkan dan diterbitkan oleh sekumpulan pengarah-pengarah artistik & kreatif yang terdiri dari Penerbit/Pengarah/Penulis Skrip HAMZAH, Pengarah Bersama HANAFI, Pereka Tari HAIZAD, Komposer ZAHIDAH dan anggota-anggota pengurusan pentas yang berkaliber dan potensi. Kajian yang kita lakukan sejak 8 bulan yang lalu, telah menghasilkan sebuah produksi yang kualiti dan bertarafkan nasional. Ia telah membuktikan kepada mata mata masyarakat dan seramai lebih 600-1000 penonton yang hadir memeriahkan pada petang itu hinggalah di Malam Gala pementasan. Walaupun kita banyak menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan selama ini, kita seramai 50 anggota K56 terus berkerja dengan rajin, gigih usaha dan bersatu hati untuk mewarnaikan 11 Julai 2009 sebagai hari yang penuh dengan kenangan manis dan bersejarah bagi Variasi. Aku tahu, ramai yang semakin lama bermusuh dan benci dengan kita. Lagi lagi kepada seorang hamba Allah yang senantiasa memangkah orang orang yang terlibat dalam K56 dan terutamanya kepada orang yang banyak mengapi apikan ahli keluarga kita supaya tinggalkan K56. Alangkah dengki dan busuknya hati orang orang ni semua, yang ingin menabur pasir ke atas periuk nasi kita selama ni. Kadang kadang aku terfikir, orang orang seperti ini selalu yang merosakkan identiti seni di Singapura dan jiwa raga masyarakat Melayu. Sayang..kesian.. aku sedih lihat orang orang seperti ini. Tidak berwawasan malah menjahanamkan lagi kerjaya dan hak milik orang lain. Kita hadapi itu semua. Kita lalui pengalaman seperti itu. Sehingga sekarang ramai yang menyengetkan wajahnya pabila melihat kita semua, bermusuh dengan kita dan membenci kita. Lagi lagi semenjak masalah internal Variasi timbul dikalangan mereka untuk beberapa bulan yang lalu. Apalah salah kita? Apalah dosa kita? Kenapa tidak semua bergotong royong, bersatu hati dan berkerja sama menyemarakkan lagi pementasan Kolej 56 The Musical. Kenapa semua mempunyai sikap yang dilaknati Allah? Sedih aku melihat rakan rakan diluar bersikap seperti ini, dan sepatutnya kita semua beramai-ramai mebangunkan seni, budaya dan semangat belia belia di Singapura. Walaubagaimana pun, Variasi senantiasa membuka ruang hatinya dan pintunya terbuka dengan luas untuk semua rakan-rakan dan masyarakat untuk berhadapan dan membangunkan serta memperliharakan seni pementasan di tanahair kita.






11 Julai 2009, adalah tarikh dan titik yang bersejarah bagi aku, keluarga Variasi dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam pementasan Kolej 56. Ini adalah buat kali pertama Variasi mengadakan pementasan teater muzikal dan di luar panggung setempat. Setelah penat berlatih sepanjang lebih dari 12 jam pada minggu yang lalu, penat yang kita rasa memang sangat memuaskan. Berlatih bersama-sama, makan, ketawa dan bergurau bersama adalah saat saat yang penghabisan dan penuh dengan kenangan untuk kita bersama. Ya, itulah erti persahabatan. Nilai dalam sesuatu persahabatan yang harus kita hargai. Yang aku terokai selama ini. Terima kasih untuk adik-adikku dan rakan rakan seperjuangan ku yang selami ini bersabar dan faham dengan keadaan Variasi yang dilimpahi pelbagai tomahan serta kebencian yang diberikan. Linangnya airmata aku melihat di hari persiapan yang terakhir sebelum kita melangkah ke atas pentas dan berhadapan seramai lebih dari 600 penonton yang hadir pada malam itu.
Pada jam 7 malam, alangkah terkejutnya aku apabila aku keluar dari Lounge room, aku lihat begtu ramai di reception lobby, di kawasan peyambut tamu dan di galeri. Ribut dan sesak dengan penonton serta tetamu tetamu yang hadir. Aku pun semakin pusing tapi dengan wajah yang girang dan senyum begitu lebar. Aku mula menghulurkan tangan kepada semua tetamu tetamu yang teridir dari VIP-VIP undangan, rakan rakan, kenalan dan ahli keluarga pelakon serta orang awam. Phewww! Tak terlayan aku. Afi di hujung sana, aku dihujung sini. Yani, Diana dan Nizam juga sibuk dan ke sana sini. Entah mana mereka. Aku rasa terharu kerana orang yang aku harapkan datang pun tiba, Pak Yusnor EF orang yang selalu menasihatkan kami dan Abang U-WEI, Pengarah dan Penulis filem terkenal di Malaysia. Tersenyum lebar aku. Itulah peluang yang pertama aku bersama mereka, dan juga beramah mesra. Tidak berapa lama kemudian, kawan kawan seperjuang aku juga hadir seperti Shaiful Bahri, Abang Roslan, Bijan juga kelihatan, Azimah, Abang Osman, Didi Cazli dan rakan rakan seni juga dari Sri Warisan, SriWana, Teater Ekamatra dan dari Istana Budaya, Olek...juga datang. Begitu pilu dan rindu aku kat Olek. Kerana beliau bersama aku sejak 1988....setelah beliau hijrah ke KL tahun 1998, baru hari ini aku jumpa Olek..kita berdua terus saling berdakap menghilangkan kerinduan masing masing. Tak aku sangka 8 tahun ini benar benar mencatatkan sejarah yang besar, aku ditemukan dengan ramai orang dan rakan rakan lama. Pengerusi-pengerusi MAEC dan MESRA turut hadir terutama lagi gang gang aku dari Jelutung. Orang yang aku tunggu-tunggu belum lagi kelihatan, 2 heroes aku yang selalu berdamping ngan aku...hmmmm Umar dan Isk. Sampai jugak mereka. Sayu hati aku, kerana adik adik aku datang untuk menyaksikan pertempuran yang terakhir oleh abang dorang. Thanks adiks.. Jam sudah pukul 8malam.. pementasan akan bermula.. Ramai sudah berpusu-pusu dan beratur untuk masuk ke panggung. Ya Allah nikmatnya,! Tidak pernah aku lihat begitu ramai sekali yang datang ke acara Variasi. Aku menarik nafas yang panjang dan tenangkan fikiran aku di tengah lobi reception. Dengan terperanjatnya, Encik Suhaimi Jaes, Naib Presiden SURIA Eagle Vision pun tiba. Wooaahh! berdegup jantung aku! Aku bawa dia ke tempat duduknya sambil mengucapkan terima kasih kepada nya. Aku mula mengambil tempat duduk aku, disebelah aku ialah Pak Yusnor, Abang Uwei dan Abang Suhaimi Jaes. Kelihatan juga Mak dan Abah. Teringat aku hari pertama dia berada disisiku sewaktu pembukaan Variasi pada tahun 2001...hari juga beliau berada bersama ku. Lampu panggung digelapkan..mulalah KOLEJ 56 THE MUSICAL. Wahhh! Besarnya, sampai ke sini aku lahirkan pementasan muzikal ni! Aku bersyukur pada mu! Pementasan dan persembahan pada malam itu penuh gilang gemilang, pecah perut dan sangat membanggakan! Persembahan dari Afi dan Azian sebagai pembukaan, adalah salah satu anugerah untuk mereka kerana merekalah senior-seniorita aku yang berada disisi aku dalam saat-saat ini. Syaiful (epol) mempergayakan diri dengan begitu kreatif dan persembahan memikat ramai penonton. Pintu pentas dibuka, memberi laluan gerbang utama dan backdrop besar Kolej Putra. Gah!! Dengan cahaya lampu yang pelbagai corak. Pelakon-pelakon seperti Nadiah, Aidil, Syirah dan beberapa lagi memang memukau kan dengan watak masing-masing. Aku bangga dengan Asyraf, Hudah, Ain, Ratna, Aida, Zizi dan Uyun. Mereka tidak pernah ada pengalaman dalam muzikal dan berlakon. Hari itu mereka membuktikan kegagahan mereka di atas pentas itu. Tabib dan sejuta tepukkan untuk kamu semua. From nothing, and you guys now somebody! Cikgu Buang oi!! Faiz dan cikgu cikgu seperti Ila, Syura dan Fiqah. U guys all out man! Audiences love you so much. Faiz..u really improve a lot! Tidak lupa dengan Hanis dan Rizal - selamat the bimbo and kudus! Kau buat kita semua pecah perut dan masih teringat teringat di kepala otak kita. U guys steal the show man! Walaupun persembahan itu berakhir dalam masa 3 jam, tidak pernah rasa kesal pun dari penonton, rangkaian lagu Duhai kawan, lagu malam, jangan lupakan, aku debuk dan banyak lagi telah menghiburkan hati mereka dengan koreografi broadway yang dihasilkan oleh Haizad. Finale, adalah paling sayu dan rasa pilu bagi aku..dalam sambutan 8 tahun Variasi....apabila nama aku di panggil untuk ke atas pentas...aku berdiri dan berlari keseorangan dan aku sedar yang aku bergerak bersendirian selama 5 bulan ni. Dan ya! Ak berdiri seorang bersama keluarga Kolej 56 tanpa mereka. Sedih hati aku. Sakit hati aku bila aku teringat wajah wajah dan nama mereka. Sanggup mereka menjahilkan diri dan membuat kita sedemikan. Tak apalah, tuhan sahaja yang tahu ke atas perbuatan kamu tu semua.. dia lebih mengetahui. Persembahan finale adalah paling penuh kenangan, Pak Yusnor, Abang Uwei, Abang Suhaimi dan Ibu Bapa aku juga berada di atas pentas, dengan akhiri lagu Semuga Bahagia. Kami berenam memotong kek ulang tahun yang ke 8. Menitis air mata aku di tengah pentas itu, Mak tarik aku dan peluk serta mencium pipi ku. Aku lihat beliau menangis di atas pentas tu. Aku berjaya rupanya! Kami berjaya! Kami terima dengan segala kritik dan kutuk dari apa silap kita dalam persembahan Kolej 56. Tapi ia semakin memberi kita membangkit dan bangun untuk terus berjuang demi seni bukan kerana glamour.


Setelah semua berpisah, duduk aku keseorangan di tengah panggung, melihat mereka membuka kembali backdrop Kolej 56. Sedih aku tapi aku senyum kerana aku tahu ini semua kerja dan hasil kita semua selama ini. Akhirnya penat dan stress kita alami berakhir.. perlahan lahan aku kemas barang barang yang ditinggalkan..bungkus dan mengucapkan selamat tinggal kepada Kolej 56. Adik tengok aku dari jauh dan senyum je. Tak kerana adik, aku tak sekuat seperti ni. Tak kerana Hudah dan adik adik aku, aku tak ke destinasi yang aku ingin pergi selama ini. Terima kasih adik adik ku...sayang kat korang semua.
Haiz....rupanya kita betul betul berpisah. Kita betul betul tidak jumpa lagi..berpisah akhirnya dengan rasa jiwa semua bahagia yang masih lagi berada di dalam diri kita. Terima kasih keluarga Kolej 56, terima kasih kepada penaung penaung ku, penyokong dan terutama lagi Parent Support Group kita! Malam kenduri doa selamat pada 10 Julai adalah malam penuh kemenangan, 11 Julai adalah peristiwa yang penting dan penuh bersejarah, tapi kini hanya tinggal kenangan.......
12 Julai aku sangakan berakhir..tapi tidak! Rezeki yang begitu marah dan besar datang dengan secara tiba-tiba... Kolej 56 ke Suria...destinasi kami ke Esplanade...Istana Budaya..? Amin ya rabal alamin...syukur pada mu ya allah...ini berkat dan rezeki dari mu! Usaha dan hasil kerja kita semua.....so Kolej 56 tidak akan tinggalkan kita..kita kembali....kita kembali.... Tunggu aku Sabtu ini, jangan pergi ke mana mana adik ku semua!!
Thank you to my four Broz...ISK, EPOL, UMAR AND AIDIL.... The four pillars...that always gave me strength

No comments:
Post a Comment