Friday, June 12, 2009

Perpisahan

12 June 2009
Hari yang telah tercatat dimana masing masing akan bergerak tanpa dipimpin dan digendong yang selalu dilakukan antara dua insan yang berjiwa raga serta taat pada prinsip masing masing
Kita berpisah..
3.45ptg perpisahannya diantara dua insan yang kian mesra dan rapat selama ini
berjalan, merangkak dan jatuh bangun bersama
menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuhi bersama selama 6 bulan
ketawa, bergurau, bergaduh, bertengkar dan menangis bersama sewaktu 6 bulan menjalinkan persahabatan dan perhubungan saudara yang begitu akrab sekali
Pertemuan pertama di 'playground' bermulalah sejarah tentang kehidupan kita dan sesuatu yang kita cari selama ini,
Merentas ke atas jambatan yang pecah sambil mengambil risiko yang tinggi menyeberang ia dengan kedegilan masing masing...'Never give up'!
Rahsia dan kenangan pahit manis berada di dalam kocek masing masing, kini ia adalah sebagai satu memori yang indah dan manis buat kita berdua

'Batman dan Robin'

Prinsip kita berdua...tidak mahu berkata kalah, menunjuk belang dan degil....Semalam kita berakhir di 'playground' yang sama sambil melihat mata dan wajah masing masing terkenangkan perkara perkara pernah kita lakukan selama 6 bulan. Kita hanya boleh bersenyum dan ketawa sahaja, indahnya persahabatan itu!12.50 pagi - 11 June, aku melangkah pergi sambil memesannya dan menasihatkan dia dengan rasa bahagia, tulus dan iklas. Sampul surat yang diisi sesuatu adalah khas dari Mak.

Hari ini, berpisahlah 'Batman dan Robin'.
Robin akan menjalani tanggung jawab yang besar sebagai anak negara selama 2 tahun. Walaupun jiwanya tinggi dan semangat yang jitu terhadap perkhidmatan negara, aku tahu hatinya masih lagi ditinggalkan secebis di tanah besar Singapura.
Dont worry bro, focus! Just leave everything behind! Abang will take care of it!


Calar yang masih ditinggalkan di lengan tangan aku adalah kenangan yang membuat abg senyum selalu...
Rantai dan Cermin mata yang ditinggalkan kepada abg, abg akan mengingatkan segala jasa dan pengorbanan mu sewaktu kita berdua berperang habis-habisan selama 6 bulan yang lalu...
Beradalah disisi kawan kawan baru mu disana
Enjoy your ns life there!
Terima kasih atas pengorbanan mu, kasih sayang sebagai adik kepada abang dan persahabatan yang kita bina serta kepercayaan diberi. Sumpah 'Taat setia' kepada negara tadi, adalah sumpah yang akan membangkitkan semangat kita untuk terus berjuang bukan sahaja kepada negara tetapi kepada orang yang disayangi selama ni....



Mama, Abang dan keluarga yang adik bina akan senantiasa mendoakan adik dan umar semoga berjaya, selamat pulang ke pangkuan orang yang disayangi serta mendapat impian adik menjadi nyata....

Abangmu,


Hamz (Batman/Gerard/Superboy)

No comments:

Post a Comment