Adalah hari yang paling istimewa untuk ibuku yang tersayang
hari pertama aku memandang mata ibuku, senyuman iklas ibuku
tersentuh hatiku dengan rasa sedih dan pilu
kerana ibuku masih bernafas dan mendapat kucupan ciuman yang mesra di petang itu
itulah ibuku kerana dia adalah salah satu harapan, nadi dan kekasihku
tiada penggantinya kalau dia pergi suatu hari nanti
hadiah ke jamuan hi tea di pan pacific untuk ibuku bukan sahaja berakhir disitu
tapi sebutir cincin mutiara sebagai tanda kasih dari anak anak mu
Pada hari itu juga, aku telah berjumpa dengan idola dan pelakon yang aku segani iaitu
Dato Jalaludin Hassan
Hati yang baik, budi bahasa yang tinggi dan peramah
membuat mataku terbuka kerana ini bukan mimpi
orang yang aku sanjungi selalu di dalam kaca TV, tapi kini berada di depan ku
Terima kasih abang Jalal..
kerana abang Jalal telah memberi saya kata kata perangsang dan semangat untuk terus
berjuang dalam teater, seni dan kerjaya yang aku ceburi selama ini...
abang Jalal juga telah mendakap aku dan supaya bersabar...teruskan diri menempuhi segala cubaan dan dugaan ku alami
Terima kasih abang jalal! Dia menanti aku di seberang... Dia ingin membawa ku ke dalam dunia teater Melayu yang sebenarnya... bila? dia akan terus menanti aku, insya allah aku akan tiba
Selamat Jalan dan kembali ke Kuala Lumpur abang Jalal
aku senantiasa ingat pesanan abang Jalal melalui sms yang diberi oleh abang semalam pada jam 2.00pagi...
Kita akan berjumpa lagi!
No comments:
Post a Comment