Wednesday, April 22, 2009

Pasrah

Aku tidak dapat menahan rasa sebak di dalam dadaku selama ni
Aku tidak dapat menahan amarah yang marah mendidih di dalam jasad ku
Aku tidak dapat menahan curahan air mata dari kelopak mataku
Aku tidak dapat menahan emosi yang semakin mencabar dalam kehidupan ku
Aku tidak dapat menahan melihat ramai yang memegang pisau untuk menusuk dibelakang ku

Kehidupan aku ibaratkan sebuah kolek yang didayung oleh orang, dan aku jadi penumpangnya
Kehidupan aku ibaratkan seorang anak kecil di tatehnya sampai boleh berjalan
Kehidupan aku ibaratkan seekor ikan yang dipancingnya sesuka hati manusia
Kehidupan aku ibaratkan dikunci di penjara dan hanya menunggu nasib

Segala perjuangan dan pengorbanan ku di ludah dan di hamun
Segala titik peluh ku di sapu dengan kain buruk dan dilontarkan ke dalam longkang busuk
Segala mata pencarian ku mengemis selama ini hanya diketawakan dan dicaci
Segala impian yang ku capaikan hanya sementara dan hanya mengambil kesempatan dari ku

Iklas,
dari nafas ku yang menhirup dengan udara sama
dapat melelahkan diri aku dengan keadaan yang merunsingkan diri ku
sekiranya diriku membuat dirimu dalam kesusahan,
menabur pasir di atas periuk nasi mu,
membelahkan perhubungan keluarga mu atau menceraikan silaturahim mu,
di singkir dari kerjaya mu,
aku menyusun sepuluh jari dan mohon maaf zahir & batin
kerana bagiku, kehidupan ku telah dicerobohi dengan tidak munasabah
atas secara peribadi dan emosi yang dilaknati tuhan
diriku bukan dirimu, aku bukan kau
aku memiliki apa yang aku inginkan di dalam kehidupan dan diriku secara peribadi
kau tidak menentukan,
kau tidak mencerahkan masa depanku
kau tidak memutuskan apa yang harus aku pilih di dalam kehidupanku,
kerana kau ibaratkan lemang masih mengharapkan buluhnya untuk mengisi pulutnya

mulut manusia tidak pernah akan berhenti dan mencaci,
selain berhenti dari sikap menceroboh, cemburu, sakit hati dan mengkhianati sesama insan

aku pasrah dengan sikap manusia seperti ini
Melayu harus membina bukan membunuh
26 tahun aku bernafas, sudah ku lihat kehidupan yang nyata
10 tahun aku mengenali dengan erti kawan menjadi lawan
8 tahun aku menghayati dan menghargai keindahan serta kejayaan diri ku,
kerana ia datang bukan dari mu, tapi Allah yang maha agung, ku sujud hingga akhir hayat...

Biar dia yang menentukan....

No comments:

Post a Comment